MEMAHAMI PERJANJIAN SEWA ANTARA PENYEWA DAN PEMILIK
Perjanjian rumah sewa ialah kontrak yang membolehkan pemilik (dikenali sebagai pemilik atau lessor) dan penyewa (dikenali sebagai penyewa atau lessee) menggunakan rumah atau properties untuk tempoh masa tertentu dengan pembayaran sewa. Perjanjian rumah sewa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan hubungan yang jelas dan teratur antara pemilik rumah (tuannya) dan penyewa.
Perkara penting dalam perjanjian rumah sewa:
1.Indentiti pihak yang terlibat
Perjanjian ini perlu menyatakan nama penuh dan alamat kedua-dua pihak, iaitu pemilik rumah dan penyewa, serta maklumat lain yang relevan. Perjanjian rumah sewa memberikan perlindungan undang-undang kepada kedua-dua pihak. Sekiranya berlaku perselisihan atau masalah, perjanjian bertulis ini akan menjadi bukti sah yang dapat digunakan di mahkamah. Ini memastikan hak dan kewajiban setiap pihak dilindungi dengan cara yang sah.
2. Tempoh Sewa
Perjanjian akan menentukan berapa lama tempoh sewa berkuat kuasa, sama ada untuk beberapa bulan, satu tahun, atau tempoh yang lebih panjang. Tarikh mula dan tarikh tamat sewa juga perlu dinyatakan. Dengan ini, kedua-dua pihak tahu bila perjanjian itu akan tamat dan apa yang perlu dilakukan jika ingin memperbaharui atau mengakhiri kontrak sewa.
3. Deposit (Wang Jaminan)
Biasanya pemilik rumah akan meminta bayaran deposit di awal perjanjian, yang bertujuan sebagai jaminan sekiranya terdapat kerosakan pada hartanah atau jika penyewa gagal memenuhi kewajipan mereka. Deposit ini akan dikembalikan setelah perjanjian tamat, selagi tiada kerosakan atau tunggakan pembayaran.
4. Jumlah dan Cara Pembayaran Sewa
Perjanjian mesti menentukan jumlah sewa yang perlu dibayar oleh penyewa, cara pembayaran (contohnya, secara tunai, pemindahan bank), dan tempoh pembayaran (sama ada bulanan, suku tahunan, atau tahunan). Ia juga perlu menyatakan tarikh pembayaran yang tepat.
5. Hak Pemilik untuk Pemeriksaan
Walaupun pemilik rumah mempunyai hak untuk menilai keadaan hartanah, mereka dikehendaki memberitahu penyewa secara langsung. Perjanjian sewa biasanya termasuk syarat-syarat dan kekerapan pemeriksaan yang dibenarkan. Penyewa mesti memastikan pemilik tidak melakukan pemeriksaan tanpa notis atau terlalu kerap sehingga mengganggu privasi mereka. Adalah penting bagi kedua-dua pihak urusan pemeriksaan untuk memahami dan menghormati hak ini.
6. Kriteria Penamatan Sewa
Perjanjian sewa juga harus mengandungi syarat penamatan sewa. Ini termasuk maklumat awal yang mesti diberikan oleh kedua-dua pihak sebelum perjanjian dimuktamadkan. Sebagai contoh, penyewa mesti memberikan notis kepada pemilik dua bulan lebih awal jika mereka ingin menamatkan perjanjian atau ingin melanjutkan tempoh sewa juga perlu maklumkan kepada pemilik 2 bulan lebih awal. Sama seperti pemilik, jika mereka ingin meminta penyewa keluar, mereka perlu memberi notis awal kepada mereka. Untuk mengelakkan isu atau penalti yang tidak dijangka, syarat penamatan adalah penting.
7. Tanggungjawab Sebagai Penyewa
Di dalam kandungan Tenancy Agreement akan menjelaskan tanggungjawab sebagai penyewa yang harus mereka ikut. Contohnya bayaran sewa perlu dibayar tarikh yang ditetapkan oleh pemilik seperti 20-27 haribulan adalah tempoh pembayaran sewa. Selain itu, menjaga kondisi rumah dengan baik dan menjaga barang-barang dalam rumah dengan baik, jika berlaku kerosakan penyewa perlu bertanggungjawab. Selalunya bayaran sewa rumah tidak termasuk bil elektrik dan bil air maka penyewa perlu membayarnya sendiri dan perlu membayar setiap bulan. Jika ada bayaran tertunggak, pemilik berhak menggunakan wang deposit untuk melangsaikan bayaran tertunggak.