Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA:
Jenis I: Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
Jenis II: Membina rumah di atas tanah sendiri
Jenis III: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
Jenis IV: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
Jenis V: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
Jenis VI: Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
Jenis VII: Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman
Pertama sekali, anda perlu menentukan amaun kelayakan pembiayaan untu mengelakkan daripada permohonan anda ditolak.
Amaun ini boleh didapati dengan menggunakan Kalkulator Pembiayaan yang telah disediakan pada laman web LPPSA.
Mengikut jadual kelayakan pembiayaan LPPSA, potongan pinjaman perumahan kerajaan dan potongan-potongan lain tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
Di samping itu, jumlah hutang tidak boleh melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Sila rujuk di sini untuk maklumat tentang kelayakan maksimum berdasarkan pendapatan bersih.
Secara umumnya, selepas mengetahui kelayakan pembiayaan, anda bolehlah mengikuti proses pembiayaan LPPSA seperti berikut:
Permohonan dalam talian dan penerimaan tawaran
Pemprosesan dan kelulusan
Cagaran harta kepada lembaga
Bayaran premium insurans
Pengeluaran bayaran
Bayaran balik pembiayaan
Pemantauan dan pemulihan ke atas peminjam ingkar (jika berkaitan)
Penyelesaian pembiayaan sepenuhnya
Pemulangan dokumen hakmilik
Pemulangan baki kredit dan tutup akaun
Untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:
Warganegara Malaysia.
Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
Bukan seorang yang:
Bankrap
Terlalu banyak berhutang
Pemakan gaji tidak berkemampuan
Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
Pinjaman bersama suami isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, serta Pinjaman dua (2) nama di dalam S&P wajib disertakan dengan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.
LPPSA dan MBSB Telahpun Memperkenalkan Skim Pembiayaan Bersama
Skim ini membenarkan semua penjawat awam yang ingin memiliki rumah idaman bersama dengan suami, isteri, ibu, bapa atau anak yang berkhidmat di sektor swasta.