BELANJAWAN 2025: INSENTIF PERUMAHAN
Â
Bajet 2025 Malaysia dijangka menjadi titik penting dalam usaha kerajaan untuk menangani cabaran perumahan yang semakin mendalam, terutamanya bagi golongan muda dan berpendapatan rendah. Dengan harga rumah yang terus meningkat, pemilikan rumah menjadi satu impian yang sukar dicapai bagi ramai rakyat Malaysia. Oleh itu, dalam Belanjawan 2025, insentif perumahan yang lebih inklusif dan mampan akan menjadi salah satu fokus utama.
Senarai Peningkatan Insentif Perumahan;
1.Projek Perumahan Rakyat (PPR)
- 48 projek yang sedang dalam pelaksanaan dan 2 projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Seberang Perai, Pulau Pinang.
- 30 projek dijangka siap menjelang penhujung 2025 ini memberi manfaat kepada hampir 17,500 penghuni baharu
- Peruntukan RM405 juta
2. Perumahan Mesra Rakyat (PMR)
- 14 projek PMR diteruskan, dangan pembinaan 5,410 unit rumah baharu
- Peruntukan RM452 Juta
3. Jaminan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- Peruntukan SJKP akan dinaikkan kepada RM10 bilion
- Membuka peluang kepada 20,000 pembeli rumah mendapatkan pembiayaan khususnya bagi mereka yang menghadapi cabaran mendapatkan pinjaman perumahan
- Jaminan kerajaan melalui SJKP untuk program dibawah institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 yang dibangunkan diatas tanah-tanah wakaf
- Skim Step Up Financing di bawah SJKP diperkenalkan sebagai jaminan kerajaan khusus golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama dengan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh lima (5) tahun pertama.
4. Bantuan Bina dan Baik Pulih Rumah Rakyat
- Bantuan bagi bina baharu rumah dinaikkan kepada maksimum RM90,000 bagi keluasan 750 kps manakala pada dahulu harga siling asal RM 85,000.
- Kadar siling baik pulih rumah dinaikkan kepada RM20,000
5. Penyelenggaraan Perumahan dan Program Penambahbaikan
- Peruntukan RM97 juta bagi penyelenggaraan rumah strata kos rendah dan sederhana
- 1 juta untuk penggantian lif dibawah program penyelenggaraan perumahan mampu milik berstrata (LIF)
- Menaik taraf 48 projek Taman Awam MADANI dan landskap untuk dinikmati oleh komuniti setempat sama ada di bandar dan pekan-pekan kecil. (RM96 juta)
- Menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti di Kampung Baru Cina (RM84 juta)
- Penyelarasan keperluan untuk perkampungan kaum India (RM10 juta).
6. Penjawat Awam
Skim Pembiayaan Perumahan Muda di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi manfaat penjawat awam muda yang ingin memohon pembiayaan perumahan untuk tempoh sehingga 40 tahun
7. Pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas faedah pinjaman perumahan bagi perjanjian yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027 untuk galakkan milik rumah pertama.