Ada yang minta saya tulis tentang perbezaan antara Master Title (Hakmilik Induk), Individual Title (Hakmilik Indivudu) dan Strata Title (Hakmilik Strata).
Untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, berikut adalah perbezaan antara ketiga-tiga tersebut.
1. Master Title (Hakmilik Induk)
– merujuk kepada satu hakmilik besar yang mengandungi lot-lot bangunan/ lot-lot parcel yang belum dipecah sempadan dan belum dikeluarkan satu hakmilik individu yang berasingan terhadap setiap lot bangunan/ lot parcel tersebut.
– Master Title ini hanya mengandungi satu nombor hakmilik sahaja yang merangkumi keseluruhan bangunan/parcel atas tanah tersebut.
– di dalam Master Title ini semua pemilik setiap lot bangunan/ lot parcel akan berkongsi hak dan kepentingan yang sama di atas tanah tersebut.
– apabila lot-lot bangunan/ lot parcel tadi telah dipecah sempadan dan dikeluarkan hakmilik individu yang berasingan untuk setiap lot, maka Master Title tadi akan dibatalkan oleh pejabat tanah.
2. Individual Title (Hakmilik Individu)
– merujuk kepada satu hakmilik individu bagi setiap lot bangunan yang dibina di atas sesuatu tanah (landed property).
– untuk satu hakmilik individu ini hanya terdapat satu lot bangunan sahaja di atasnya.
– apabila ianya di pindah milk kepada pemilik/pembeli maka pemilik tersebut dianggap memiliki satu lot hartanah atas namanya sendiri tanpa berkongsi dengan pihak lain.
3. Strata Title (Hakmilik Strata)
– merujuk kepada satu hakmilik individu bagi setiap lot parcel di atas satu bangunan yang dibina di atas sesuatu tanah (strata property).
– untuk satu hakmilik strata ini hanya terdapat satu lot parcel di atasnya
– apabila ianya di pindah milk kepada pemilik/pembeli maka pemilik tersebut dianggap memiliki satu lot parcel atas namanya sendiri tanpa berkongsi dengan pihak-pihak lain.
– walau bagaimanapun pemilik-pemilik lot parcel tadi akan berkongsi common area (eg: lif, tangga, kolam renang dll) sesama mereka bagi setiap bangunan tersebut.
Harap tulisan ini dapat difahami dengan jelas. Moga bermanfaat.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI