Apakah perbezaan antara Ejen Hartanah Dan Perunding Hartanah ( REN) ?
Saya akan terangkan serba sedikit persoalan di atas …..
Ejen Hartanah
Ejen Hartanah merupakan individu yang mempunyai sijil kelayakkan serta melalui beberapa proses kelulusan daripada Lembaga Penilai,Pentaksir, ejan Harta tanah dan Pengurus Harta Malaysia bagi melayakkan seseorang bergelar seorang Ejen Haratanah yang berdaftar dan membolehkan mereka menjalankan amalan sebagai Ejen Hartanah dan menguruskan agensi mereka.
Beberapa peringkat yanag perlu di lalui untuk sesorang itu menjadi sebagai EJEN HARTANAH YANG BERFDAFTAR:-
- Mempunyai kelayakkan Sijil/Diploma/ijazah dalam bidang berkaitan dengan Hartanah
- Membuat permohonan sebagai Percubaan Ejen Hartanah selama 2 tahun serta menyiapkan diari tugasan harian selama 2 tahun.
- Perlu menyiapkan 2 kertas kerja.
- Setelah kedua-dua kertas kerja itu diluluskan oleh LPPEH, proses temuduga akan di jalankan .
sekiranya lulus, secara rasmi nya individu terbabit digelar sebagai EJEN HARTANAH BERDAFTAR.
Perunding Hartanah ( REN )
Perunding hartanah adalah di lantik oleh Ejen Hartanah yang berdaftar bagi membantu Ejen Hartanah dalam menguruskan urusan yang berkaitan pemasaran dan lain-lain kerja yang terkandung dalam kontrak perlantikan perunding hartanah.
Proses untuk menjadi seorang perunding hartanah adalah ringkas serta syaratnya tidak seberat sebagaimana syarat EJEN HARTANAH.
Antara syarat dan proses adalah sebagaimana berikut:-
Syarat
- Berumur 18 tahun keatas
- Tidak bankrupt
- Hadir kursus Negotiator Certificate Course selama 2 hari ( RM 600)
Proses Pendaftaran Perunding Hartanah
- Setiap individu yang telah hadir kursus Negotiator Certificate Course perlu mencari agensi hartanah yang berdaftar bagi membolehkan pendaftran REN dapat dilakukan.
- Agensi hartanah akan keluarkan kontrak perkhidamatan yang mana didalam nya terkandung cara kerja dan pembahagian komisen perkhidmatan.
- Perlu menyediakan beberapa dokumen kepada Agensi hartanah terbabit bagi proses pendaftaran sebagai REN dalm system LPPEH serta REN TAG dapat dikeluarkan oleh LPPEH. Antara dokumen yanag perlu disertakan kepada agensi adalah sebagaimana berikut : –
- Salinan sijil kehadiran kursus (NCC)
- Salinan ic
- Gambar Passport
- Salinan kontrak yang di tandatangan
- Serta maklumat peribadi seperti alamat, no telefon dan sebagainya.
- Setelah semua dokumen diserahkan, pihak pentadbir agensi akan memasukkan maklumat pemohon dalam system LPPEH untuk peroleh kelulusan.
- Setelah permohonan di luluskan , pihak LPPEH akan keluarkan REN TAG kepada agensi untuk di serahkan kepada perunding hartanah.
Di bawah Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242], sesiapa yang didapati bersalah dalam melakukan kesalahan kerana menjalankan tanggungjawab seorang ejen hartanah secara haram, boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya!
09-7431723
Keltrade Properties e(3) 1948