Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2023

  • 1 year ago
  • 0

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) adalah sebuah skim perumahan bertujuan untuk membiaya warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah pertama.

Dalam Bajet 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 bilion untuk Syarikat Perumahan Kredit Negara (SJKP)

pada 27 Julai 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bagi rumah bernilai RM300,000 dan ke bawah, pembiayaan sehingga 120% boleh diberikan.

Kelayakkan;

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
  • Kategori berpendapatan tetap
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelonganJumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
    • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini

    • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

    Proses-Proses Skim Jaminan

    Image

    Dokumen Diperlukan;

    Kediaman/ Rumah
    • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka

    Pendapatan
    • Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
    • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
    • Surat pengesahan pekerjaan

    Dokumen Sokongan Lain
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Surat pengesahan majikan (jika ada)
    • Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
    • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
    *JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung

    Institusi Kewangan Terlibat

    Institusi-institusi Kewangan Utama

     

     


     

    Lain-lain Institusi Kewangan Yang Terlibat

     

    Affin Bank Berhad

    Affin Islamic Bank Berhad

    Alliance Bank Malaysia Berhad

    Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad

    AmBank (M) Berhad

    AmBank Islamic Berhad

    Hong Leong Bank Berhad

    Hong Leong Islamic Bank Berhad

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Verified by MonsterInsights