CERTIFICATE OF COMPLETION AND COMPLIANCE (CCC)

  • 4 years ago
  • 0

CERTIFICATE OF COMPLETION AND COMPLIANCE (CCC)

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CCC?
• Ianya diperlukan apabila sesebuah bangunan telah siap dengan sempurna di bina.

• CCC adalah satu perakuan statutori yang diperuntukan di dalam Street Building Drainage Act 1974 pindaan 2007

• CCC di tentukan oleh sekumpulan ahli professional untuk memastikan bangunan yang di bina mengikut pelan yang diluluskan, selamat dan sesuai untuk didiami.

• CCC mengandungi kriteria-kriteria berbeza untuk memastikan pembinaan dinilai dengan teliti. Antara faktor-faktor yang terlibat adalah:
1. Asas bangunan
2. Kerja-kerja tanah
3. Sistem paip
4. Sistem longkang dan saliran
5. Lampu jalan
6. Landskap
7. Sistem keselamatan kebakaran

• CCC di perkenal kan pada tahun 2007 iaiatu bagi mengantikan CFO ( certificate of fitness for occupation)

Adakah CCC penting ?
Ya CCC sangat lah penting.
Tanpa CCC :-
PEMAJU – tidak boleh buat tuntutan akhir dengan Bank kecuali LPPSA
PEMILIK- Tidak layak untuk mendiamai kediaman tersebut dan insurans
tidak akan melindungi kediaman tersebut sekiranya ada
kebakaran atau sebagainya.
– Mempunyai kesukaran untuk menjual rumah yang tiada CCC.

SIAPA YANG MENGELUARKAN CCC?
• Sebelum act 2007 di pinda CFO dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan.
• menurut seksyen 70(21) dan (21) Street, Drainage and Building Act 1974 (SDBA 1974) pindaan 2007 Principal Submitting Person (PSP), CCC hanya boleh dikeluarkan oleh PSP selepas beberapa syarat yang ditetapkan iaitu:
( nota :- architect merupakan Principal Submitting Person)
a) PSP hendaklah mengawas kerja-kerja pembinaan untuk memastikan kerja
pembinaan dibuat menurut pelan-pelan yang telah diluluskan dan juga
keperluan peruntukan SBDA 1974.

b) Memastikan bangunan yang telah dibina mematuhi sepenuhnya dengan
pelan-pelan yang diluluskan dan mematuhi keperluan SBDA 1974 dan
juga peruntukan undang-undang kecil dan segala syarat-syarat
teknikal yang dikenakan oleh PBT.

c) Memastikan bangunan yang dibina itu adalah selamat dan sesuai untuk
didiami.
• Dalam hal ini adalah jelas CCC hanya boleh dikeluarkan oleh PSP apabila bangunan yang dibina adalah menurut peruntukan undang-undang, pelan-pelan yang telah diluluskan dan juga keperluan teknikal yang telah ditetapkan oleh PBT demi untuk memastikan bangunan yang disiapkan adalah selamat dan sesuai untuk didiami.

SERAHAN MILIK KOSONG
• Serahan milik kosong adalah berbeza dengan serahan kunci.
• Serahan kosong ( vacant possession) ianya diserah apabila CCC diperolehi.
• Tempoh warranty juga dikira dari Tarikh serahan kosong ditandatangani.

Lokman Aziz

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Verified by MonsterInsights