CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

  • 2 months ago
  • 0

CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

 

CKHT adalah singkatan bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah di Malaysia. CKHT adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh daripada penjualan harta tanah atau saham dalam syarikat harta tanah. Cukai ini diuruskan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. CKHT bertujuan untuk mengawal spkulasi dalam pasaran harta tanah dan memastikan keuntungan daripada pelaburan hartanah dikenakan cukai yang adil.

Keuntungan dikira berdasarkan perbezaan antara harga jualan dengan harga pemerolehan (harga asal pembelian harta tanah), termasuk kos tambahan seperti kos penilaian, yuran guaman, dan duti setem. Kadar cukai berbeza bergantung kepada tempoh pemilikan harta tanah iaitu dari tarikh Perjanjian Jual Beli, atau Sales & Purchase Agreement (SPA), serta tarikh pelupusan dokumen tu.

 

Menurut LHDN, kadar CHKT 2022 adalah seperti berikut:

Tempoh Pelupusan Warganegara dan Pemastautin Tetap Syarikat dan Bukan Warganegara
3 tahun dan kebawah 30% 30%
4 tahun 20% 20%
5 tahun 15% 15%
6 tahun keatas 0% 10%

Sumber: LHDN

 

 

Pengecualian CKHT

Pengecualian diberikan untuk:

  • Pemindahan harta tanah antara ahli keluarga tertentu (contohnya: suami isteri, ibu bapa- anak)
  • Penjualan harta tanah oleh individu warganegara sekali seumur hidup.
  • Pengecualian untuk jumlah bersamaan dengan 10% daripada keuntungan terkena cukai, atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap transaksi tak akan dikenakan cukai.
  • Pewarisan harta tanah daripada si mati
  • Pemindahan pemilikan daripada individu kepada syarikat di mana-mana dia mempunyai saham dalam syarikat itu
  • Pemindahan aset sebagai cagaran untuk pinjaman
  • Pemerolehan wajib oleh kerajaan di bawah undang-undang (Eminent Domain)
  • Pelupusan aset sebagai kebajikan

 

Tanggungjawab Pelupus Dan Pemeroleh

Tanggungjawab Pelupus
Pelupus dikehendaki untuk:

  • Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 1B dengan lengkap dan betul dalam tempoh 60 hari dari selepas tarikh pelupusan.
  • Mengemukakan Borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cukai (Seksyen 8) ACKHT 1976 sekiranya memilih untuk memohon pengecualian cukai pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 ACKHT 1976.
  • Menyimpan dokumen sokongan pelupusan, pemerolehan dan tuntutan perbelanjaan dan mengemukakan ke HASIL untuk semakan sekiranya diminta.
  • Mengemukakan Borang CKHT 3 jika berkenaan dengan menandakan (√) pada kategori pelupusan yang tidak dikenakan cukai di bawah ACKHT 1976. Borang CKHT 3 hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan CKHT 1A atau CKHT 1B.
  • Menyerahkan salinan CKHT 3 kepada pemeroleh.

 

Tanggungjawab Pemeroleh
Pemeroleh dikehendaki untuk:

  • Mengemukakan Borang CKHT 2A dengan lengkap dan betul dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pemerolehan harta tanah
  • Menyimpan dokumen sokongan pemerolehan dan mengemukakan ke HASiL sekiranya diminta.
  • Sekiranya pemeroleh telah menerima salinan Borang CKHT 3 yang lengkap daripada pelupus, pemeroleh tidak perlu membuat bayaran di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976.

 

 

 

Nota Ringkas

  1. Eminent domain adalah kuasa kerajaan untuk mengambil harta persendirian untuk kegunaan awam dengan  memberikan pampasan yang adil kepada pemiliknya

 

 

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Verified by MonsterInsights