FAHAMI PINJAMAN PERUMAHAN TAHUN 2021

  • 1 month ago
  • 1

Pertama sekali saya akan jelaskan apa yang perlu anda tahu berkenaan pinjaman yang ditawarkan di Malaysia.

Ramai antara kita teruja apabila mendapat berita permohonan pinjaman kita telah diluluskan oleh bank.

 

Sekurang-kurangnya kita mengetahui serba sedikit terma-terma yang diguna pakai oleh bank serta produk apakah yang di tawarkan oleh bank.

 

Apakah yang di maksudkan dengan Pinjaman Perumahan?

Ianya dikenali juga sebagai Gadai Janji iaitu dimana sejumlah wang yang di berikan oleh pihak bank kepada anda untuk membeli hartanah dan bagi memastikan anda melunaskan pinjaman, pihak bank akan menyimpan perjanjian undang-undang atas surat ikatan hartanah anda.

 

2 jenis pengiraan kadar faedah

  1. Flat Interest Rate ( Kadar Faedah Rata )
  2. Reducing Balance Rate ( Kadar Faedah Berkurangan)

 

  1. Flat Interest Rate :-
    1. Biasa digunakan untuk pinjaman kereta atau pinjaman peribadi
    2. Merupakan satu kadar yang tetap nilainya keatas jumlah pinjaman pokoknya sepanjang tempoh pinjaman.
    3. Sebagai contoh :-
      1. Faedah dibayar setiap ansuran =

Jumlah Pinjaman asal X Bilangan Tahun X Kadar faedah tahunan

Bilangan Ansuran (Bulan)

Harga Motor =        RM 8,000

Faedah           =        6.5% p.a

Tempoh         =         5 tahun

 

Ansurans bulanan perlu dijelaskan = [(RM 8,000X 6.5%X 5)+8,000]

—————————————

(5X 12 )

= RM 176.67

Faedah yang dikenakan oleh bank setiap bulan = (RM 8,000X6.5% X5)

—————————

60 BULAN

= RM 43.33 Sebulan

Kadar faedah RM 43.33 Adalah tetap sehigga tempoh bayaran berakhir.

 

  1. Kadar Faedah Berkurangan ( Reducing Balance Rate)
    1. Digunakan untuk produk seperti mortgage loan ( pinjaman perumahan) kad kredit dan overdraft.
    2. Faedah yang dibayar setiap bulan berdasarkan baki hutang tertunggak.[kadar faedah setiap bulan
    3. Contoh seperti jadul dibawah:-

 

Harga rumah           RM 150,000

Interest                    4% p.a

Tempoh                    30 tahun

 

 

Ansuran bulanan = [RM 150K X 4% X 30) + RM 150K

30X 12

=  RM 916.67

Bayaran faedah bulanan = RM 150K X 4% X 30

360 bulan

 

= RM 500.00

 

Pokok = RM 916.67 – RM 500.00

 

= RM 416.67

Bulan Faedah Baki Pinjaman Ansuran Bulanan Bayaran Faedah Pokok
1 4% RM 149,083.33 RM 916.67 RM 500.00 RM 416.67
2 4% RM 148,172.26 RM 916.67 RM 496.94 RM 419.73
3 4% RM 916.67

 

  1. 6 jenis pinjaman perumahan

 

  1. Pinjaman Terma :- Pinjaman rumah ini membenarkan anda untuk mempunyai tempoh maksimum pinjaman selama 35 tahun. Jika anda membayar balik pinjaman lebih awal dalam 3 sehingga 5 tahun pertama, anda akan dikenakan caj yuran penalti sebanyak 3%

.

  1. Pinajaman Flexi :– Gabungan pinjaman terma dan pinjaman overdraf. Anda boleh dapatkan kadar faedah rendah apabila anda meletakkan lebih banyak duit dalam akaun semasa anda.

 

  1. Pinjaman Overdraf :- Dengan pinjaman ini, anda hanya perlu membayar kadar faedah pinjaman dan amaun akan ditolak terus daripada akaun semasa anda. Tiada tempoh pinjaman ditetapkan, namun kadar faedah adalah lebih tinggi daripada biasa.

 

  1. Musharakah Mutanaqisah:– bank memeterai perjanjian untuk membeli hartanah. Anda akan menjadi penyewa kepada bank dan ansuran bulanan anda akan menampung pinjaman dan sebahagian daripada syer hartanah yang dimiliki bank.

 

  1. Al- bai’bithaman Ajil:- mengikuti konsep jual beli. Bank akan membeli hartanah untuk anda pada harga pasaran semasa. Kemudian mereka akan menjual kembali kepada anda pada harga yang dipersetujui di mana anda akan membayar secara ansuran bulanan.

 

  1. Kadar pinjaman Tetap:- Faedah pinjaman rumah akan dicaj dengan kadar tetap sepanjang tempoh pinjaman. Jika anda tidak mahu bimbang sama ada kadar faedah akan meningkat atau berkurangan, ini adalah pinjaman yang sesuai untuk anda.

 

APAKAH “Lock -In- Period” ?

  • Tempoh dimana anda dikenakan penalty daripada bank jikan anda memilih untuk melunaskan pinjaman rumah anda dalam tempoh Lock in Period.

 

  • Sebagai Contoh : dalam perjanjian pinjaman rumah anda adalah tempoh lock in period adalah 5 tahun, sekiranya anda menjual sebelum tempoh tersebut anda akan dikenakan penalty sebanyak 2-3% daripada jumlah pinjaman.

Join The Discussion

Compare listings

Compare