KENALI KAVEAT

  • 4 years ago
  • 0

Kaveat mempunyai 4 jenis, antaranya :

1. Kaveat Persendirian.

Kaveat Persendirian boleh dimasukkan oleh pendaftar atas permohonan orang atau badan yang berikut :-
1. i) Mana- mana orang atau badan yang menuntut hak milik atau apa-apa kepentingan yang boleh daftar.
2. ii) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan.

2. Kaveat Pendaftar.

Kaveat Pendaftar dimasukkan oleh pendaftar atas salah satu sebab berikut :-
1. a) Untuk mengelak penipuan dalam urusniaga.
2. b) Untuk melindungi kepentingan :
3. i) Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari segi tuntutan hutang.
ii)Kanak-kanak ,orang kurang siuman atau orang yang tidak diketahui berada di mna pada masa itu .
iii) Untuk menjamin pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan persekutuan dan negeri seperti Pinjaman Kerajaan.

3. Kaveat Pemegang Lien.

Dimasukkan oleh pemegang gadaian kepada hartanah tersebut seperti bank sebagai sekuriti.Pemasukkan kaveat ini hendaklah berkuat kuasa pengesahan diatas dokumen hakmilik dan ditandatangani dan mempunyai maklumat berikut:-
1. a) Samaada kaveat ini mengikat tanah-tanah itu sendiri atau suatu pajakan sahaja.
2. b) nama orang atau badan yang memasukkan kaveat.
Kaveat ini menghalang perkara berikut:
1. a) Pendaftaran surat cara urusniaga.
2. b) Pendaftaran perakuan jualan.

4. Kaveat Amanah.

Kaveat amanah boleh dimasukkan oleh pendaftar keatas mana-mana tanah atau kepentingan yang dipegang oleh mana-mana orang atau badan yang diamanahkan atas permohonan :-
1. a) Pemegang amanah pada masa itu mengenai mana-mana tanah atau kepentingan.
2. b) Orang atau badan yang mula-mula memindah milikan mana-mana tanah atau kepentingan kepada pemegang amanah.
Kaveat Amanah melarang secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran, pengesahan, pemasukkan atau mana-mana dari yang berikut :-
1. a) Pendaftaran suratcara urusniaga hartanah tersebut secara langsung.
2. b) Pemasukkan catatan mengenai tuntutan kepada faedah sesuatu tenansi dikecualikn daftaran mengenai tanah itu.

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Verified by MonsterInsights