MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT)

  • 9 months ago
  • 1

 

APA YANG PERLU KITA TAHU TETANG MOT?

Memorandum of Transfer (MOT) atau Surat cara pemindahan merupakan antara dokumen pertama dan terakhir yang ditandatangani oleh pembeli rumah, manakala duti setem adalah cukai yang dikenakan ke atas dokumen dalam penjualan atau pindah milik hartanah.

Borang yang terlibat dalam jual beli hartanah adalah:-

  • Borang 14 a ( pindah milik )
  • Boring 16 a ( gadaian)
  • Borang 16 n ( melepas gadaian)

 

FAHAMI … APAKAH MOT?

  • dokumen yang perlu ditandatangani oleh seorang pemilik baharu hartanah (hak milik strata atau individu) untuk memindah milik hartanah tersebut dari pemaju (atau pemilik lama, bagi hartanah sekunder atau subsale).

 

  • Pengecualian dibuat bagi hartanah yang masih dalam pembinaan, di mana MOT akan disediakan dan ditandatangani apabila geran strata atau individu telah dikeluarkan.

 

  • MOT hanya diperlukan apabila pejabat tanah ingin mendaftarkan nama pemilik baharu pada geran strata atau individu.

 

  • MOT merupakan dokumen yang menyediakan maklumat mengenai penjual, pembeli dan hak milik tanah untuk rujukan pihak berkuasa negeri.

 

  • MOT juga boleh digunakan untuk memindah milik hartanah antara pasangan, dan dari ibu bapa kepada anak-anak. Biasanya, urusan pindah milik hartanah antara ahli keluarga tidak melibatkan pembayaran, maka SPA tidak digunakan dalam hal sebegini.

 

APAKAH PROSES PINDAH MILIK

  1. Borang MOT (14 a) akan di sediakan oleh peguam yang di lantik. Di dalam borang 14 a menyatakan nama pemindah (pemilik lama) dan penerima pindah (pemilik baharu) serta alamat mereka dan maklumat lain mengenai hartanah tersebut.
  2. Pindah milik ini mestilah untuk tujuan tertentu, umpamanya untuk bayaran wang atau kasih sayang, dan ini akan dinyatakan pada MOT. Untuk membuatkan satu MOT itu sah di segi undang-undang, dokumen tersebut perlu dicop dan diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan duti setem dibayar.
  3. Jika pinjaman bank telah dibuat bagi membiayai pembelian hartanah, satu surat cara gadaian (Memorandum of Chargeatau MOC) akan disediakan untuk ditandatangani oleh peminjam dan bank pemberi pinjaman. MOC (Borang 16A) berfungsi untuk memaklumkan pihak berkuasa negeri bahawa bank mempunyai pemunyaan benefisial atau gadaian ke atas hartanah tersebut, dan jika peminjam mungkir dalam pembayaran, bank boleh menyita dan melelong hartanah tersebut bagi mendapatkan baki pinjaman yang belum dibayar. MOC juga perlu dicop dan duti setem perlu dibayar mengikut nilai pinjaman.
  4. Setelah MOT dan MOC ditandatangani dan dicop, dan pembayaran yuran RM100 untuk setiap satunya dibuat, dokumen-dokumen ini berserta geran hak milik tanah asalakan didaftarkan di dalam rekod pejabat tanah. Geran rumah yang telah dipinda akan dikeluarkan dengan menyatakan pemilikan dan gadaian terkini.

NOTA: Geran yang digadai kepada bank akan disimpan oleh bank sehingga pinjaman selesai dibayar. Setelah itu, prosedur pelepasan gadaian boleh dimulakan oleh peminjam supaya maklumat mengenai bank boleh dihapuskan dari geran.

SEKIRANYA GERAN MASIH BELUM DI KELUARKAN. STATUS GERAN MASIH DALAM MASTER TITLE.

 

SEBELUM PERGI JAUH…SAYA TERANGKAN DAHULU APAKAH MASTER TITLE….

Master Title ni dibawah geran besar/induk yang nama ada satu nama dan selalunya di bawah nama developer. Bermakna tanah yang digunakan untuk membina rumah teres atau apartment tu belum dipecahkan ikut lot.

Setiap projek akan berada dibawah master title dan akan didaftarkan kepada strata title atau individual title setelah mendapat kelulusan dari Pejabat Tanah yg berkenaan. Ada jugak projek yang dulu-dulu punya masih di bawah master title disebabkan developer belum memohon atau masih menunggu kelulusan untuk hakmilik strata dari Pejabat Tanah.

 

 

2 CARA UNTUK PINDAH MILIH BAGI TITLE DIBAWAH MASTER TITLE:

 

  1. DIRECT TRANSFER
  2. DOUBLE TRANSFER

DIRECT TRANSFER

pemaju memberi kebenaran untuk pindah milik geran terus kepada pembeli dan hanya pemaju dan pembeli baharu akan menandatangani MOT.

 

DOUBLE TRANSFER

  • pemaju tidak memberi kebenaran yang sama. Pindah milik perlu dibuat daripada pemaju kepada pembeli dan daripada pembeli kepada pembeli yang baharu. Proses ini memakan masa kerana dua MOT perlu ditandatangani dan didaftarkan dan geran rumah perlu dipinda sebanyak dua kali. Kebanyakan Double Transfermelibatkan hartanah pegangan pajak yang gerannya belum disempurnakan oleh penjual.

 

  • Surat Ikatan Amanah (Deed of Assignmentakan digunakan untuk merekod pindah milik hartanah tersebut antara penjual dan pembeli atau antara pasangan suami isteri serta dari ibu bapa kepada anak-anak. Di samping itu, keizinan pemaju perlu diperolehi bersama-sama Surat Ikatan Amanah tersebut.

 

APAKAH KAITAN MOT DENGAN STAMP DUTY ?

 

Penting : setiap urusniaga di malaysia akan dikenakan cukai..termasuklah dalam urusniaga harta tanah.

Dalam Bahasa ringkasnya, Stamp Duty adalah cukai yang perlu dibayar pada instrument pindah hakmilik (MOT) boring 14a  dan gadaian ( untuk pinjaman )borang 16 a..

 

Saya terangkan sikit tentang kategori cukai , cukai ni ada 2 kategori iaitu :-

  • Ad valorem – ianya dikira berdasarkan nilaian hartanah atau perjanjian pinjaman.
  • Fixed duty – (RM 10) duti tetap yang perlu di bayar bergantung pada jenis document seperti Salinan perjanjian dan sebagainya.

 

 

Keltrade properties

Join The Discussion

Compare listings

Compare