Mengukur Kekuatan Ekonomi Dengan KDNK, Pengangguran Dan Inflasi

  • 4 years ago
  • 0
INFLASI
FAHAMI INFLASI

Macam mana sebenarnya kita nak menentukan bahawa ekonomi berada dalam keadaan baik atau tidak. Apakah indikator-indikator yang digunakan?

3 indikator utama bagi mengukur kekuatan ekonomi adalah dengan menggunakan data Keluaran Kasar Dalam Negeri (KDNK), kadar penganguran dan kadar inflasi.

Data-data ini boleh memberikan gambaran kasar sama ada ekonomi sesebuah negara itu mengembang atau menguncup.

Selain itu, data-data ini turut menjadi tumpuan kepada pembuat polisi, usahawan dan korporat bagi merangka strategi mereka.

Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK)

KDNK didefinisikan sebagai nilai keseluruhan pasaran barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan

dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import.

Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi. Contohnya, negara yang mempunyai KNDK tertinggi di benua Amerika ialah

 Amerika SyarikatJerman di Eropah,

 Nigeria di Afrika dan China di Asia.

Isi kandungan

Terdapat 2 cara untuk mengira KDNK iaitu:

  1. Menjumlahkan semua pendapatan individu dalam negara.
  2. Menjumlahkan semua perbelanjaan individu dalam negara.

Secara teorinya, kedua-dua cara ini akan menghasilkan jumlah yang lebih kurang sama kerana setiap perbelanjaan merupakan pendapatan kepada orang lain.

Pengiraan KDNK menggunakan perbelanjaan lebih kerap digunakan berbanding pendapatan. Formulanya adalah dengan menjumlahkan perbelanjaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan perbezaan import dan eksport (X-M).

Y = C + I + G + (X-M)

KDNK yang meningkat berbanding tahun lepas menandakan ekonomi yang sihat manakala penurunan KDNK menandakan ekonomi menguncup.

Antara tanda awal kemelesetan ekonomi adalah kadar pertumbuhan KDNK negatif bagi 2 suku berturut-turut.

Namun KDNK yang tinggi tidak mencerminkan ekonomi rakyat secara individu. Mungkin ianya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja.

Kadar Pengangguran

Rasanya sudah ramai yang faham dengan maksud kadar pengangguran. Jika kadar pengangguran adalah 10%, ianya membawa maksud bagi setiap 10 orang yang mahu bekerja, 1 orang tidak mendapat pekerjaan.

Cara untuk mengira kadar pengangguran adalah membahagikan jumlah tenaga buruh dengan jumlah penganggur.

Kadar pengagguran = jumlah penganggur / jumlah tenaga buruh

Individu itu didefinisikan sebagai bekerja jika bekerja sekurangnya 15 jam dalam seminggu dan mendapat gaji atau upah daripada kerja tersebut tidak kira sama ada bekerja sepenuh masa atau separuh masa.

Secara asasnya apabila ekonomi berkembang kadar pengangguran menurun dan apabila ekonomi menguncup kadar pengangguran akan meningkat.

Kadar Inflasi

Inflasi digunakan untuk mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan dari semasa ke semasa. Ianya dikira dalam bentuk perubahan peratusan tahunan.

Sebagai contoh, harga nasi lemak pada tahun 2017 adalah RM1.00. Tahun 2018 pula harganya naik kepada RM1.50, ini bermaksud inflasi nasi lemak adalah sebanyak 50%.

Bagi mengukur inflasi bagi sesebuah negara pula, mereka akan menggunakan Indeks Harga Pengguna (CPI).

CPI mengukur perubahan peratus kos pembelian mengikut masa bagi “bakul” tetap barangan dan perkhidmatan yang mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk pada sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.

Berpandukan kepada Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP), terdapat 12 kumpulan item yang diambil kira iaitu:

*                      Makanan dan Minuman Bukan Alkohol

*                      Minuman Alkohol dan Tembakau

*                      Pakaian dan Kasut

*                      Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain

*                      Hiasan,Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah

*                      Kesihatan

*                      Pengangkutan

*                      Komunikasi

*                      Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan

*                      Pendidikan • Restoran dan Hotel

*                      Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan

Contohnya dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol, barangan asas seperti ayam, sawi dan cili akan dibandingkan dengan harganya tahun lepas.

Cuba anda perhatikan jadual di bawah,

Barang          2016 (RM)     2017 (RM)

Ayam 1kg    8.00                     9.00

Sawi 1kg       5.00                    5.50

Cili 1kg          4.00                  4.50

Berdasarkan jadual di atas, CPI bagi item makanan dan minuman bukan alkohol adalah:

= (RM8 + RM5 + RM5)  / (RM9 + RM5.5 + RM4.5) x 100

= 94.73

Tapi apa yang lebih penting adalah untuk mengukur berapakah kadar kenaikan CPI. Jika CPI tahun 2017 adalah 5% ianya bermakna secara amnya harga barang dan perkhidmatan telah meningkat sebanyak 5% berbanding tahun 2016.

Adakah inflasi perkara yang tidak bagus?

Tidak dapat dinafikan bahawa tiada seorang pun yang gembira apabila harga barang naik. Namun inflasi itu perlu untuk ekonomi terus berkembang.

Cuba anda bayangkan harga barang kekal sama sahaja setiap tahun, maka jumlah jualan juga akan kekal sama. Syarikat pula tidak mampu untuk menaikkan kaji pekerja kerana keuntungan masih pada tahap yang sama.

Seterusnya KDNK juga tidak akan meningkat dan kadar pengangguran juga masih di tahap yang sama.

Walaupun inflasi itu perlu untuk ekonomi berfungsi, namun ianya mestilah berada paras yang terkawal seiring dengan kadar kenaikan pendapatan.

Lokman aziz

Join The Discussion

Compare listings

Compare
Verified by MonsterInsights