PECAH SEMPADAN DAN PECAH BAHAGIAN

  • 1 year ago
  • 0

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PECAH SEMPADAN DAN PECAH BAHAGIAN TANAH .

 

  1. PECAH SEMPADAN TANAH ( subdivision of land )

adalah satu proses sebidang tanah yang dipegang di bawah satu hakmilik di pecah kepada dua atau lebih bahagian untuk di pegang di bawah dokumen hakmilik yang berasingan.

  • Satu tanah ada 3 pemilik bersama. Masing-masing memiliki 1/3 bahagian.
  • Apabila buat pecah sempadan kepada  lot tanah geran individu, setiap lot tanah geran individu masih kekal atas nama 3 pemilik bersama yang memiliki 1/3 bahagian masing-masing.
  • Jika pemilik bersama nak jual atau buat pindah milik, ketiga-tiga pemilik bersama perlu tandatangan dokumen jual beli dan pindah milik (melainkan kesemua pemilik bersama setuju bagi PA kepada salah seorang daripada mereka).
  • Biasanya dipraktiskan dalam kes di mana pemaju nak buat projek perumahan atau pengusaha tanah lot nak dapatkan tanah lot geran individu.
  • Biasanya dibuat bersekali dengan permohonan tukar syarat daripada status pertanian kepada bangunan.

Seksyen 136, Kanun Tanah Negara (KTN) terdapat beberapa keperluan yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan permohonan pecah sempadan boleh di buat oleh Pengarah Negeri atau Pentadbir tanahsepertimana yang terkandung dalam seksyen 136 iaitu:-

  1. sekiranya tanah yang dipohon pecah sempadan adalah bagi tujuan pembangunan pertanian, maka keluasan bahagian yang telah pecah sempadan mestilah tidak kurang daripada 0.4(2/5) hektar @ 1 ekar, manakala di negeri kelantan mesti tidak kurang daripad a0.5 ekar ( seksyen 136(1)(f)(i)
  2. tidak mempunyai sebarangtunggakan bayaran cukai tanah bagi tahun semasa.
  3. rancangan pembangunan tidak bercanggah dengan rancangan pembangunan yang telah di gazetkan di kawasan tanah tersebut kelak.

 

2.PECAH BAHAGIAN TANAH  

  • Satu tanah ada 3 pemilik bersama. Masing-masing memiliki 1/3 bahagian.
  • Apabila buat pecah bahagian, setiap pemilik bersama masing-masing akan dapat geran baru 1/1 bahagian atas nama masing-masing.
  • Biasanya dipraktiskan dalam kes di mana pemilik bersama nak pecah bahagian masing-masing untuk dapatkan geran individu bahagian masing-masing.
  • Tanah masih kekal status pertanian.

Join The Discussion

Compare listings

Compare