PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA

  • 3 months ago
  • 0

PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA

 

Hibah, Wasiat, dan Faraid merujuk kepada pemberian harta oleh seseorang (dalam konteks ini pewaris) kepada ahli warisnya melalui wasiat, mengikut aturan faraid dalam hukum Islam. Dalam kupasan kali ini kami akan kongsikan dengan anda perbezaan antara ketiga-tiga kaedah pembahagian harta ini supaya anda lebih memahami kelebihan dan kekurangan ketiga-tiga kaedah pembahagian harta ini.

 

  1. Hibah

Hibah dalam bahasa Arab bermaksud pemberian atau sumbangan. Dalam hukum Islam pula hibah bermaksud pemberian harta daripada seseorang kepada orang lain yang dilakukan semasa pemberi hibah masih hidup. Ia merupakan kontrak pemberian secara sukarela tanpa balasan. Hibah dalam Islam sah apabila memenuhi syarat-syarat tertentu seperti:

  1. Pemberi hibah adalah pemilik sah harta tersebut.
  2. Harta tersebut diserahkan secara mutlak kepada penerima hibah semasa pemberi masih hidup.
  3. Penerima hibah menyatakan penerimaannya.

Ciri-ciri hibah pula ada dua iaitu hibah adalah muktamad dan tidak boleh ditarik balik setelah ia diberikan, kecuali dalam kes tertentu dan harta yang dihibahkan tidak akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati.

 

  1. Faraid

Faraid berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab yang asalnya daripada perkataan fardh yang bermaksud Al-taqdir (yang ditentukan). Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka (pewarisan) atau ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati. Ia adalah gabungan kaedah fiqh dan matematik yang membolehkan hak setiap waris diketahui daripada pengiraan yang dilakukan. Sistem pembahagian harta pusaka adalah suatu sistem yang sah menurut al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Ijtihad para sahabat r.anhum. Kewajipannya sama seperti hukum solat, zakat, muamalat dan hudud.

Ia wajib dilaksanakan, diamalkan, tidak boleh diubah atau diabaikan walaupun telah sekian lama disyariatkan. Ia memelihara kepentingan semua pihak. Walau bagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka adalah lebih baik, namun undang-undang Allah tetap yang terbaik.

 

Ciri-ciri faraid:

  1. Faraid terpakai untuk semua harta yang tidak dihibahkan atau diwariskan.
  2. Waris yang layak menerima harta faraid termasuk anak-anak, suami/isteri, ibu bapa, dan saudara-saudara yang lain, bergantung kepada siapa yang masih hidup.
  3. Bahagian setiap waris telah ditentukan oleh syarak (contohnya, anak lelaki mendapat dua kali ganda daripada anak perempuan).

 

  1. Wasiat

Wasiat adalah Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999). Dalam Islam, seseorang hanya boleh mewasiatkan sehingga ⅓  daripada keseluruhan hartanya kepada bukan waris faraid atau mana-mana pihak lain, selagi ia tidak melanggar hukum syarak.

Hukum Wasiat:

Wasiat dibolehkan dalam Islam dan sangat digalakkan sebagai satu amalan yang baik. Namun, ia terbatas pada ⅓ daripada harta seseorang kerana selepas kematiannya, harta yang tinggal mesti dibahagi mengikut hukum faraid kepada waris yang berhak. Wasiat kepada bukan waris hanya dibenarkan sebanyak ⅓  daripada harta dan tidak boleh lebih.

Ciri-ciri wasiat :

  1. Wasiat hanya berkuat kuasa selepas kematian pewasiat.
  2. Wasiat mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu seperti kesaksian yang sah dan tidak boleh melanggar hak waris faraid.
  3. Wasiat boleh ditujukan kepada bukan waris faraid (contohnya, orang miskin, rakan atau organisasi kebajikan).

 

Perbezaan utama bagi Hibah, Faraid dan Wasiat.

Hibah Faraid Wasiat
Pemberian semasa hidup Pembahagian harta mengikut hukum Islam selepas kematian tanpa wasiat atau hibah Arahan pembahagian harta selepas kematian, tetapi tertakluk kepada had â…“ dan tidak boleh menafikan hak waris faraid

 

Ketiga-tiga instrumen ini adalah cara yang sah untuk menguruskan harta, tetapi berbeza dari segi masa dan syarat-syarat pengagihan.

Join The Discussion

0 thoughts on “PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA”

  • PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA – Ejen Hartanah Kelantan

    […] PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA admin November 20, 2024 Uncategorized Read more: PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA PEMBAHAGIAN HIBAH, FARAID DAN WASIAT DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG DAN PENGURUSAN HARTA DI MALAYSIA […]

    Reply

Compare listings

Compare
Verified by MonsterInsights