PENYEWA DARI NERAKA

  • 3 years ago
  • 0

Menyewa rumah atau hartanah bukan sesuatu perkara yang mudah dan bukanlah pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang senang diperolehi seperti yang di gambarkan.

Sekiranya dapat penyewa dari syurga, ianya merupajan anugerah yang paling berharga buat pemilik.

Banyak persoalan dan mimpi ngeri yang dilalui oleh pemilik sekiranya dapat penyewa dari neraka, sewa rumah tertunggak dan lagi menyedihkan semua peralatan dalam rumah semuanya rosak dan rumah umpama tong sampah exclusive.

penyewa dari neraka

APAKAH TINDAKAN YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PEMILIK TERHADAP PENYEWA ?

  • Menghalau penyewa secara paksa tanpa mendapat perintah dari Mahkamah.
  • Menukar kunci pintu atau pagar premis sewaan tanpa pengetahuan penyewa.
  • Masuk ke premis sewaan tanpa izin penyewa terlebih dahulu.
  • Menutup premis sewaan tanpa kebenaran mahkamah.
  • Menyita atau rampas barang-barang milik penyewa tanpa perintah mahkamah.

 

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMILIK UNTUK MENGUSIR PENYEWA DARI NERAKA ?

  • Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950memperuntukkan pemilik premis sewa boleh menggunakan prosiding mahkamah kalau penyewa tak mahu keluar jika tempoh sewaan dah tamat atau ditamatkan lebih awal.

Sebenarnya, di bawah peruntukan undang-undang, telah dinyatakan bahawa pemilik hartanah tak boleh sewenang-wenangnya menghalau penyewa keluar.

Jelas lah yang tuan rumah tidak berhak mengusir penyewa sesuka hati tanpa perintah mahkamah walaupun hak mengusir telah dinyatakan dalam perjanjian sewa ditandatangani kedua-dua pihak.

 

Tuan Rumah juga tidak boleh memasuki rumah yang telah di sewa sesuka hati, ianya telah dikira menceroboh, walaupun premis tersebut merupakan milik anda.

Halau penyewa lagi tidak boleh ianya menyalahi undang-undang dan boleh diambil Tindakan sivil.

 

Antara Tindakan yang perlu diambil adalah :-

  1. Menghantar notis tuntutan melalui peguam hartanah berpengalaman untuk menuntut penyewa menjelaskan bayaran sewa tertunggak dalam masa tertentu.
  2. Sekiranya penyewa masih berdegil untuk menjelaskan tunggakan sewa, pemilik melalui peguam boleh menghantar saman terhadap penyewa untuk mendapatkan duit tunggakan sewa.
  3. Dapatkan Writ pemilikan daripada mahkamah untuk penyewa menyerahkan Kembali premis tersebut. Writ pemilikan ini adalah satu perintah mahkamah yang membolehkan seseorang atau kumpulan mengambil milik hartanah secara paksaandaripada orang atau kumpulan yang kini sedang memiliki harta itu.
  4. Sekiranya penyewa masih berdegil walaupun Writ pemilikan telah dikeluarkan, anda perlu memohon pula writ pengembalian. Writ ni membolehkan anda keluarkan notis untuk lekat di pintu premis sewayang beri penyewa masa tertentu misalnya 24 hingga 48 jam untuk mengeluarkan harta benda dan mengosongkan premis itu.

 

Antara sebab umum membolehkan melakukan writ pengusiran terhadap penyewa :-

  1. Tidak membayar sewa
  2. Bayaran sewa lewat
  3. Merosakkan harta
  4. Mengganggu ketenteraman penyewa lain
  5. Menggunakan hartan untuk tujuan haram

 

Bagaimana cara proses dapatkan Writ Pengursiran dan Writ milikan ?

  1. Permohonan ke mahkamah hendaklah dengan membuat saman pemula atau permohonan untuk mendapatkan Milikan Kosong Hartanah.
  2. Milikan kosong mengambil masa dalam 2 bulan untuk proses, apabila sudah mendapat penghakiman milikan kosong, pemilik perlu menyerahkan kepada penyewa Penghakiman pemilikan kosong tersebut. Dalam masa 7 hari penyewa perlu mengosongkan premis tersebut. Sekiranya penyewa masih enggan keluar dari premis tersebut, pemilik perlu membuat permohonan writ milikan.
  3. Writ Milikan …permohonan writ milikan selalunya akan ambil masa 2 bulan, apabila Writ Milikan sudah diperolehi peguam kepada pemilik premis, peguam ken abuat temujanji dengan Bailif Mahkamah dan 2 orang anggota polis untuk hadir ke premis yang disewaoleh penyewa untuk mengeluarkan penyewa.
  4. Sebelum bailif pergi, Bailif akan tampal notis pengusiran dulu di premis. Bailif akan bagi tempoh seminggu atau 7 hari untuk penyewa keluar.
  5. Jika penyewa enggan keluar juga, atau melakukan drama yang menitiskan airmata, pihak polis dan bailif Mahkamah akan memaksa penyewa keluar dari premis tersebut, walau apa pun terjadi penyewa mesti keluar pada hari bailif Mahkamah datang.

MACAM MANA DENGAN BARANG PENYEWA ?

  1. Kos untuk pengusiran penyewa daripada premis ada di tanggung oleh pemilik rumah.
  2. Pemilik perlu menyewa lori untuk angkut barang2 penyewa daripada premis tersebut.
  3. Anggaran kos keseluruhan boleh mencecah RM 8k-10k dan mengambil masa tidak kurang dari 5 bulan.

 

Azniza Atiqah & partners

Untuk ejenhartanah.com

Join The Discussion

Compare listings

Compare