Apakah Proses Direct Transfer Dan Double Transfer ?
iaitu proses pindah nama pemilik dimana Geran hartanah tersebut masih belum ditukar milik daripada Nama Pemaju kepada nama penjual sebagai pemilik berdaftar hartanah tersebut.
- Penjual atau Pembeli tidak boleh untuk memilih cara yang dia suka yang ingin digunakan. Sebaliknya ianya tertaluk kepada budibicara Pemaju hartanah tersebut melalui syarat yang dikenakan di dalam surat pengesahan ( Confirmation Letter)Â yang dikeluarkan oleh Pemaju Hartanah yang berkenaan.
- untuk tujuan ini, undang-undang telah menetapkan bahawa pemaju boleh mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 50.00 untuk mengeluarkan surat Pengesahan /Confirmation Letter. Dan kos ini perlu di tanggung oleh Pihak Penjual.
Proses DIRECT TRANSFERÂ
Melalui surat pengesahan tadi Pihak Pemaju bersetuju dan memberi kebenaran kepada penjual unutk melakukan proses Direct Transfer kepada pembeli , MAKA pemaju juga bersetuju untuk menandatangani borang pindah milik 14A atau Memorandum oF Transfer (MOT) tadi secara terus keatas nama Pemebli baru.
- Kebiasaannya proses ini melibatkan hartanah yang berstatus FREEHOLD( pegangan selama-lamanya), kerana pemaju tidak perlu memohon kebenaran pindah milik daripada Pejabat Tanah / Pihak Berkuasa Negeri.
- Kos pindah Milik secara direct ini perlu ditanggung oleh PEMBELIÂ yang baru , manakalu penjual perlu menanggung kos yang berkaitan dengan urusan penjual sahaja.
Proses DOUBLE TRANSFERÂ
Dalam surat pengesahan daripada pemaju, pihak pemaju tidak bersetuju untuk melakukan pindah nama pemilik secara DIRECT TRANSFER.
Pihak Peguam akan menyediakan dua set borang pindah milik 14 A ( MOT) :-
- Pindah Milik Pertama –Â untuk pindah milik di antara Pemaju dengan Penjual/pemilik pertama ,dan
- Pindah Milik Kedua –Â Untuk pindah milik diantara penjual/pemilik pertama dengan Pembeli.
- pemaju mengenakan syarat kepada penjual untuk melakukan double transfer disebabkan Hartanah tersebut adalah jenis Leasehold( Pajakan) dan terdapat sekatan kepentingan dalam geran hartanah tersebut. iaitu Consent Application Seperti Berikut:-
- “Tanah ini tidak boleh dijual,di pindah milik, digadai atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri”
- Sebab kedua Pemaju mengenakan Double Transfer pemaju pada awalnya telah memperolehi kebenaran Pindahmilik daripada Pejabat tanah/Pihak berkuasa Negeri u ntuk memindah milik hartanah tersebut kepada Penjual/pemilik ( ini dinamakan Blanket Consent), maka Pemaju agak keberatan untuk membenarkan proses DIRECT TRANSFER kerana pemaju perlu memohon kepada pejabat tanah untuk membatalkan /Revoke blanket consent (dikenali proses batal ganti)  seterusnya menukar atau memasukkan nama pembeli yang baru bagi hartanah tersebut.
Siapa Yang akan menanggung Kos?
Penjual/pemilik pertama perlulah menanggung kos guaman dan kos sampingan yang terbit dari urusan pindah milik.
- duti stem yang dikenakan keatas first transfer
setelah selesai urusan pindah milik pertama , barulah peguam akan menjalan proses pindah milik kedua iaitu pidah milik daripada penjual kepada pembeli baru.
credit : Coach aizac Ismail LL.B ( Hons ) Uiam