CARA SEMAK EJEN HARTANAH BERDAFTAR DI MALAYSIA

By Ejenhartanah.com | Feb 28, 2025 | Category: Tips_advice | 3 min read

CARA SEMAK EJEN HARTANAH BERDAFTAR DI MALAYSIA

EjenHartanah.com amat mengutamakan keselamatan setiap pengguna platform carian hartanah ini dengan mengawal pendaftarannya, Hanya Ejen Hartanah yang berdaftar sahaja dapat mengiklankan hartanah mereka. di dalam EjenHartanah.com

Dalam urusan jual beli hartanah, berurusan dengan ejen hartanah yang sah dan berdaftar amat penting untuk memastikan keselamatan transaksi dan mengelakkan penipuan. Berikut adalah Cara Semak Ejen Hartanah Berdaftar di Malaysia untuk memastikan anda berurusan dengan ejen hartanah yang berdaftar:

1. Semakan Melalui Laman Web LPPEH

Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartatanah & Pengurus Harta Malaysia  (LPPEH) menyediakan direktori rasmi untuk menyemak status REN berdaftar.

  • Layari: 🔗https://search.lppeh.gov.my/
  • Pilih menu "Search Negotiator"
  • Masukkan nama REN atau No. REN
  • Klik Cari dan semak maklumat yang dipaparkan

2. Semakan Melalui ID Kad REN

Setiap REN yang sah mesti mempunyai REN Tag yang dikeluarkan oleh LPPEH:

  • Warna Ungu Untuk Ren , Biru untuk REA dan PEA dengan logo LPPEH
  • Mengandungi nama penuh, nombor REN & syarikat agensi berdaftar
  • QR Code untuk pengesahan lanjut

3. Semak dengan Agensi Hartanah

Jika ejen mendakwa bekerja di bawah agensi tertentu, anda boleh mengesahkan status mereka dengan:

  • Menghubungi terus Agensi Hartanah untuk mendapatkan pengesahan.
  • Pastikan agensi juga berdaftar dengan LPPEH untuk memastikan urusan lebih selamat.

4. Hubungi LPPEH Secara Langsung

  • Jika masih ragu-ragu, anda boleh terus hubungi LPPEH:
    📞 03-2288 8815 (Hotline LPPEH)

Pastikan anda hanya berurusan dengan REN yang sah berdaftar untuk mengelakkan risiko penipuan hartanah! 🚀

 

 

Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.

Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.

Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.

 

Back

Top