APA BEZA EJENHARTANAH & BROKER ?

By Ejenhartanah.com | Feb 03, 2025 | Category: Tips_advice | 3 min read

APA BEZA EJENHARTANAH & BROKER ?

Broker hartanah bukanlah Ejen hartanah. Ejen hartanah berperanan sebagai wakil yang membantu pembeli dan penjual dalam proses urus niaga dan memastikan setiap langkah berjalan dengan lancar dan efektif, manakala broker bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia ejen-ejen hartanah, serta mengendalikan transaksi dengan lebih mendalam dan menyeluruh.

Ketahui lebih lanjut mengenai perbezaan ini dan pilih yang tepat untuk keperluan hartanah anda!

 

 EJEN HARTANAH:

1. Berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta(LPPEH)

2. Ada REN Tag

3. Fees Terhad kepada 3.24% termasuk SST

4. Bekerja di bawah agensi hartanah yang berdaftar

 BROKER:

 1. Tidak berdaftar di bawah LPPEH

 2. Tiada REN tag

3. Fees lebih tinggi (boleh cecah 5% keatas)

4. Tidak sah & tidak diiktiraf oleh undang-undang.

 

 

Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.

Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.

Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.

 

Back

Top